Jumaat, 2 Januari 2015

25 Rasul Yang Wajib Diimani

Para nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri manakala Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.
 
Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda sehingga hari kiamat.  Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang l menjadi pengikutnya.  Sebagai seorang Islam, kita perlu patuh kepada Iman Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada para nabi dan para rasul.
 
Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 300 orang.  Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.
 
Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak.  Namun yang harus diimani hanya 25 Rasul sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran. Mereka adalah :
 
01.Nabi Adam a.s.
02.Nabi Idris a.s.
03.Nabi Nuh a.s.
04.Nabi Hud a.s.
05.Nabi Salih a.s.
06.Nabi Ibrahim a.s.
07.Nabi Luth a.s.
08.Nabi Ismail a.s.
09.Nabi Ishaq a.s.
10.Nabi Ya’akub a.s.
11.Nabi Yusuf a.s.
12.Nabi Ayub a.s.
13.Nabi Syu’aib a.s.
14.Nabi Musa a.s.
15.Nabi Harun a.s.
16.Nabi Zulkifli a.s.
17.Nabi Daud a.s.
18.Nabi Sulaiman a.s.
19.Nabi Ilyas a.s.
20.Nabi Ilyasa’ a.s.
21.Nabi Yunus a.s.
22.Nabi Zakaria a.s.
23.Nabi Yahya a.s
24.Nabi Isa a.s.
25.Nabi Muhammad s.a.w
 
Sebenarnya ramai lagi Nabi-nabi lainya yang namanya tidak dicantumkan di dalam Al-Quran.  Dalam hal ini Allah hanya memberikan syariat yang ditunjukan kepada Nabi Muhammad menerusi firman Allah:
“ Dan Kami telah mengutus Rasul-Rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu, dan Rasul-Rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. ” ( An-Nisa’:164 )
 
Para Nabi itu mempunyi darjat yang berbeza antara satu sama lain dari segi keutamaan dan kedudukannya. Sebagaimana firman Allah:
“ Dan sesunguhnya Kami lebihkan sebahagian Nabi-Nabi itu atas sebahagian yang lain. ” ( Al-Isra’:55 )
 
Allah SWT telah melebihkan darjat dan keutamaan Nabi Muhammad SAW diatas para Nabi dan Rasul yang lain. Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia dan jin, sedang para Nabi sebelum baginda diutus hanya kepada umat mereka saja.

Ahad, 21 Disember 2014

iLens, The Smart Contact Lenses by Apple

Apple just announced the launch of the iLens, a smart contact lens that works like the Google Glass but “better” according to James Milton, an Apple rep.

The iLens costs $299 for 64GB and $499 for 124GB, and Apple hopes it will compliment the iWatch and iPhone.

The iLens comes with a clear earpiece and is activated by a series of the user’s blinks.

“Sure, you may look like you’re having a stroke when you wear an iLens, but still look less dorky than wearing Google Glass,” said the designer, Parker Johnson.

“It’s applied just like a contact lens, so a licensed optometrist will have to fit users for the iLens. Eventually Genius Bar employees will be trained in optometry. That is if you can get an appointment,” explained Milton.

The iLens works just like an iPhone. You can see the time, make calls, send and receive texts, e-mails, even scroll through Instagram.

“Cellphones have become a huge social faux pas. Nothing is ruder than the glow of an iPhone at a restaurant. That’s why iLens is so great. You can be playing Candy Crush or watching football and no one will ever notice. They may just think you have a tic.” explained Parker.

“However, if the ticking becomes involuntary, consult a physician immediately.”

A new series of apps specifically designed for the iLens will be released too.

“Have you ever wanted to know what it would be like to sleep with Kate Upton or Ryan Gosling is like? With the new iFantasy app for only $19.99 a month, iLens will change your partner’s body and face to look like any celebrity you desire, without letting your partner know. Just make sure you scream out the right name,” gushed Milton.

“The best part about the iLens may be the camera. Ever wish you could've capture a photo, but didn't have time to fiddle with your phone? The iLens captures everything automatically, so you’ll never miss an Instagram, even selfies. All you have to is look into a mirror and wink,” said Milton.

Once in, the iLens is always recording and automatically uploading to iCloud, where users can pick which pictures and videos they’d like to post to social media. But is the government watching? The iCloud leak caused chaos earlier this year, and those were pictures people knew they were taking. What if there was an iLens iCloud leak? Allegedly the iLens will be beefing up security to be 98 percent effective.

When asked this question, Milton responded with, “Have you listened to the podcast Serial yet? That’s a podcast. iLens also streams podcasts!”

The iLens will be released May 2015 with the iLens Air model late 2015.

17 Kegunaan Lain Ubat Gigi Selain Untuk Membersihkan Gigi

Ubat gigi, umum kita mengetahui kegunaannya intuk membersihkan gigi.  Tapi rupa-rupanya ada banyak cara lagi ubat gigi ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.

Berikut 17 lagi penyelesaian yang boleh dibuat dengan ubat gigi.

1. Bersihkan barang kemas termasuk yang ada batu permata intan berlian dengan ubat gigi saja. Cara lain, berus
sekali celah-celah batu dengan berus gigi sama macam memberus gigi.

2. Kilatkan kaca pada lampu kereta pun boleh pakai ubat gigi saja.

3. Para ibu dan pengumpul kasut snikers pasti suka yang ini. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.

4. Jadikan ubat gigi sebagai pencuci tandas pun boleh.

5. Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.

6. Gula-gula getah melekat di rambut? Ini masalah biasa bagi para ibu yang ada anak kecil yang suka makan gula-gula getah. Tapi adakalanya kawan-kawan dia yang nakal yang buat. Nak tanggalkan bukan senang. Kini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi saja.

7. Boleh guna ubat gigi untuk hilangkan calar di belakang CD.

8. Tekanan perabot kayu kat rumah kena conteng dengan anak-anak? Tak mengapa. Ubat gigi kan ada. Sental
sampai hilang.

9. Kilatkan semula hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi.

10. Ini paling tak sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda calar? Hilangkan saja dengan ubat gigi. Yang penting gosok perlahan-lahan, bukan sental.

11. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu.

12. Kesan kotoran pada sterika juga boleh dihilangkan dengan ubat gigi.

13. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.

14. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.

15. Tempek kat muka untuk keringkan jerawat dengan ubat gigi saja.

16.  Hilangkan kesan kotoran pada dinding pun boleh.

17. Bersihkan hitam di celah kuku pun boleh dengan ubat gigi.

Sabtu, 15 November 2014

Kenapa Lelaki Sukar Berterus-terang?


KENAPA LELAKI TIDAK BERTERUS TERANG 
(Di sunting dari Artikel Asal Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah)

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan.  Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.

Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita.  Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita.  Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini.

Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.
Mengapa hal sedemikian terjadi?
Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain.  Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

“Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri.  Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa.  Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.

“Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang.  Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat.  Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

“Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’.  Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau.

Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.

Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.

“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh.  Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan.  Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan.  Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar.  Jangan berselindung atau seperti mendesak.
Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?’.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah.  Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.
Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.

Hasil polling online yang dilakukan salah satu portal internet menemukan bahwa 42% responden perempuan mengalami kesulitan membuat pasangan mereka terbuka dan mahu bicara tentang masalah yang sedang dihadapi.
Para perempuan yang menjadi responden polling ini menyatakan bahwa mereka putus asa dan cenderung mengambil sikap menyalahkan pasangan.

Sama halnya seperti perempuan, laki-laki sebenarnya ingin membicarakan masalah yang sedang mereka hadapi pada pasangan.  Namun hal ini tidak mudah bagi mereka. So… fahami
rahsia mereka, dan bantu pasangan Anda untuk lebih membuka diri.

1. Tak tahan ditertawakan/dikritik
Kebanyakan lelaki beranggapan perempuan sangat kritis dan berpikir lebih detail.  Akibatnya lelaki khuatir jika berterus terang, ia akan ditertawakan. Lelaki cenderung merasa tertolak dan malu jika mengalami hal ini. Anggapan tentang cara berpikir perempuan yang kritis, cenderung membuat lelaki merasa dirinya akan dihakimi bila bercerita tentang masalahnya. Terlebih lagi bila Anda senantiasa “memandang” pasangan berbeda setelah ia berterus terang.
Solusi: Cara terbaik untuk menghadapi hal ini adalah bersabar dan menahan diri saat menanggapi pasangan. Dengarkan dengan cermat ketika pasangan bercerita. Jangan menghalangi dia mengungkapkan dirinya. Jika Anda melakukan hal ini dengan tulus, pasangan dapat merasakannya. Ia akan terbiasa dan mudah mengungkapkan dirinya pada Anda.

2. Takut ditinggalkan
Banyak lelaki berpikir, jika ia berterus terang tentang hal yang tidak umum dan cenderung negatif pada pasangan, maka ia akan ditinggalkan.
Solusi : Tunjukkan bahwa Anda percaya padanya, hingga pasangan tidak ragu untuk bercerita tentang berbagai hal pada Anda. Ketika ia meminta pendapat Anda, tawarkanlah sesuatu yang positif. Hindari dorongan untuk memberitahu “hal yang benar” menurut Anda.  Sebaliknya, pandanglah masalah tersebut dari sisinya.

3. Tidak tahu
Lelaki dibesarkan dalam pola pengasuhan yang berbeda dengan perempuan. Mereka diharapkan melindungi perempuan, dan bisa mengatasi berbagai masalah termasuk masalah diri mereka sendiri. Kondisi sejak awal inilah yang membuat lelaki tidak terbiasa untuk berbagi masalah dan membicarakannya secara terbuka dengan perempuan.
Solusi :: Cara terbaik membantu seorang lelaki untuk berbicara terbuka adalah dengan memberikan contoh padanya. Ceritakan berbagai pikiran dan perasaan Anda padanya. Berbagilah cara mengatasi masalah yang pernah dan sedang Anda hadapi .

4. Perempuan sulit menerima kejujuran
Kebanyakan laki-laki berpendapat perempuan ingin dan perlu dibohongi, karena mereka tidak dapat menerima kejujuran. Terlebih lagi, jika kejujuran yang diungkapkan pasangan berisiko memicu pertengkaran atau perubahan sikap.
Solusi: Pastikan pasangan Anda mendapatkan jaminan bahwa Anda tidak seperti yang dicemaskannya. Keinginan mendengarkan sebuah kejujuran adalah awal sebuah hubungan yang dewasa. Hal penting yang harus Anda ingat ketika meminta pasangan untuk berterus terang adalah, bahwa Anda akan lebih banyak memberi. Jangan lelah melakukannya, justru cara ini akan membuat pasangan mengembangkan respek pada Anda, bahkan lebih dari yang Anda bayangkan.

20 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki


"Selera" manusia berbeza-beza, namun secara asasnya kita tidak akan lari daripada ingin memiliki seorang WANITA yang sekurangnya berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup.  Persoalan pertama ketika ingin mendapatkan teman hidup "Apakah ciri-ciri wanita yang ingin dimiliki?" atau juga "Adakah si dia memiliki ciri-ciri seperti yang aku inginkan?".

Selain faktor jodoh ditentukan oleh Allah SWT, ciri-ciri tersebut dibawah mungkin berlegar di ruang pemikiran ramai lelaki.

01. Paras rupa  -  Paras rupa yang cantik adalah kelebihan kepada wanita.  Ada juga tidak berapa cantik tapi menawan atau juga kurang cantik tapi manis dipandang orang.  Walau apapun, kecantikan bukan perkara utama yang difikirkan oleh lelaki apabila mencari calon isteri, tapi penting bagi mereka yang mencari calon kekasih.

02. Agama  -  Pegangan seorang yang beragama Islam menitikberatkan mencari calon isteri yang memiliki pegangan agama yang kuat, namun perlukah mengahwini seorang ustazah?  Sebagai lelaki, kita harus membimbing mereka jika pegangan agama bakal isteri anda lemah.

03. Harta - Dewasa ini, peningkatan taraf hidup mendesak pasangan untuk saling bekerjasama dalam mengharungi dunia "Money is everything".  Jika mampu, mempunyai isteri yang tidak bekerja juga
memberi kelebihan pada satu sudut yang lain.

04. Zuriat - Ada kes dimana, isteri tidak mampu memberikan zuriat seperti yang diinginkan oleh suami, kemudian timbul pula suami berkahwin lain disebabkan mahu zuriat, maka sebelum itu lakukan sedikit "penyelidikan" untuk mendapatkan kepastian.

05. Budi pekerti - Semua orang pasti mengidamkan memiliki isteri yang mempunyai budi pekerti yang baik.  Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen penting budaya kemelayuan dan menjadi idaman mertua.  Ibu yang baik, lahir anak yang baik. Fikirkanlah!

06. Pandai masak  -  Pandai masak mesti rajin tolong ibu masak di dapur masa muda, kalau tak pandai masak, belajarlah.  Kalau makan luar hari-hari, bila anak mahu makan nugget pun kena beli di gerai.  Air tangan isteri melembutkan hati suami.

07. Bijak menguruskan kewangan -  Alangkah bagusnya jika seorang wanita bijak menguruskan kewangan keluarga.  Perkara ini tentu sedikit sebanyak membantu suami dalam menguruskan hal keluarga.  Bijak tidak bermaksud anda perlu menjadi akauntan.

08. Pandai mengambil hati keluarga mertua -  Bila dapat yang peramah anda mungkin tidak dapat mengawalnya pula, tapi bila isteri pendiam dan kurang mesra, takut nanti menimbulkan prasangka pula terhadap isteri anda "Sombongnya isteri dia", walhal isteri anda memang pendiam.

09. Menerima seadanya -  Lumrah hidup berkeluarga, ada turun dan naiknya, menerima seadanya apa yang ada menjadi elemen penting kebahagian supaya isteri tidak meminta lebih daripada kemampuan lelaki.  Kebanyakan wanita yang telah menjadi isteri mempunyai sikap tersebut, kadangkala lelaki pula yang merungut.

10. Hormat -  Walaupun setinggi manapun pangkat anda di pejabat, jika dirumah suami adalah bos anda. Tunjukkan rasa hormat anda lebih-lebih lagi terhadap keputusannya. Pertuturan dan kata-kata
harus dijaga untuk mengelakkan anda menjadi derhaka pada perkara yang mungkin terlepas pandang.

11. Bijak berpakaian -  Usia bukan penghalang anda untuk kelihatan cantik di mata suami, jangan pula masa bercinta bersolek sampai 2 jam, bila dah lama berkahwin, suami balik tengok bini macam langsuir, berdandan kepada suami penting untuk mengeratkan hubungan rumahtangga.

12. Bersedia menerima teguran -  Teguran suami bukan beliau benci dengan anda. Tapi teguran suami adalah demi kebaikan anda.  Jadi terima sahaja tegurannya dan memperbaiki apa yang ditegurnya. Jangan sesekali membantah walaupun kadangkala bagi anda tidak masuk akal.

13. Setia -  Rata-rata setiap pasangan ingin memiliki pasangan yang setia. Baik lelaki atau wanita. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian, jangan cuba untuk memiliki lebih dari satu kerana ianya membuatkan lelaki hilang pertimbangan.

14. Menjadi pujaan ramai -  Lelaki bangga bila isteri mereka menjadi pujaan ramai lelaki. Namun kadangkala ianya merimaskan dan boleh mendatangkan sifat cemburu yang tidak berasas. Bila dengar ramai orang suka kepada teman wanita anda, tentunya anda lelaki yang sangat bertuah.

15. Menghargainya -  Setiap apa yang dilakukan oleh lelaki, pastinya terukir senyuman apabila dihargai oleh orang yang disayanginya. Dari sekecil-kecil perkara yang dilakukannya hinggalah kepada perkara yang besar. Jangan simpan perasaan anda, luahkan kepada mereka bahawa anda sangat menghargainya.

16. Memudahkan urusannya -  Kadangkala si lelaki atau suami mengalami kerumitan tentang sesuatu perkara. Jika anda mampu membantu mereka menyelesaikannya, pasti lelaki sangat berterima kasih pada anda. Jangan pula membuatkan ianya bertambah rumit dengan karenah anda .

17. Supportive -  Atas apa juga perkara yang dibuat lelaki terutama hobi mereka, cuba bersikap supportive atau menyokong. Sokongan anda pasti menaikkan moral lelaki . Jika hobi lelaki bermain PS2, mungkin anda berfikir 2-3 kali untuk bersikap supportive.

18. Beri ruang -  Beri ruang pada lelaki untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka. Jika mereka melakukan kesalahan yang kecil, maafkan mereka dan beri ruang kepadanya untuk membuktinya bahawa mereka telah insaf daripada perbuatannya.

19. Pendengar yang baik - Ada juga jenis lelaki yang mengambil berat tentang perkara ini. Lelaki sukar untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kecuali kepada orang yang mereka sayang. Jika wanita mampu menjadi pendengar yang baik, kadangkala ianya memberi sedikit kelegaan kepada lelaki. Hal ini juga adalah teknik yang baik jika mampu mengurangkan tekanan disebabkan beberapa perkara yang tertentu .

20. Jadi diri anda sendiri -  Jangan cuba untuk menjadi diri orang lain. Jadilah diri anda sendiri. Ianya lebih bagus. Jika lelaki itu dapat menerima kamu seadanya lebih baik mereka mengetahuinya dari awal dari mengetahui selepas kamu berkahwin dengannya.


Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti sebenar ciri-ciri wanita idaman lelaki. Setiap lelaki memiliki keinginan yang tersendiri terhadap wanita. Ciri-ciri di atas boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri untuk sama-sama lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Ahad, 2 November 2014

Wasiat Imam Syafie Sebelum Beliau Kembali Ke Rahmatullah

Sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.


Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”


Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut – menggandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa redha kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. .

Terjemahan Surah Al Fatihah [1:1-7]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Rabb yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan

Engkaulah sahaja Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukanlah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.